FUNGSI DAN PERANAN HIBAH DALAM TAKAFUL
Hibah bermaksud hadiah di dalam bahasa melayu, dimana pemberian dari seseorang kepada orang lain.
Hibah ada dua jenis iaitu :-
1) Hibah Mutlak dimana pemberian secara persuma yang berlaku semasa hidup tanpa diletakkan sebarang syarat. Contohnya Ahmad hibahkan telefonnya kepada adik beliau.
2) Hibah Bersyarat dimana diletakkan syarat sampingan bersama-sama akad hibah bagi melaksanakan pemberian. Contohnya, Firdaus membuat hibah Takaful kepada isteri beliau sekiranya Firdaus meninggal dunia.
...................................................................................................................................................................
Peranan hibah dalam Takaful merupakan salah satu saluran untuk mempermudahkan urusan pembahagian Faraid kepada waris dan juga sebagai pengganti gaji untuk tulang belakang keluarga kerana hibah tersebut adalah hak milik mutlak penerima hibah tersebut.
Selain itu, tempoh untuk pengurusan hibah hanya mengambil 20 hari bekerja dari tarikh terima segala dokumen berbanding dengan pengurusan faraid dimana mengambil sekurang-kurangny 6 bulan dari tarikh didaftar.
Berapa jumlah yang perlu disediakan adalah bergantung kepada keadaan individu tersebut, salah satu cara yang saya nasihat kepada klien adalah jumlah tanggungan atau perbelanjaan keluarga sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Contoh pengiraan :-
Anggarkan belanja bulanan kita adalah RM2,000 sebulan, maka :-
RM2,000 x 12 bulan = RM24,000
RM24,000 x 5 tahun = RM120,000
Maka jumlah hibah yang perlu disediakan sekurang-kurangnya RM120,000 kepada keluarga kesayangan kita.
Tujuan kita sediakan jumlah tersebut ialah sebagai pengganti gaji kepada keluarga kita dan juga persediaan kos untuk pembahagian harta kerana segala pengurusan melibatkan kos yang perlu ditanggung.
Oleh itu, sediakanlah walaupun hanya RM10,000 tunai kepada orang yang tersayang daripada meninggalkan RM100,000 hutang kepada keluarga.
Untuk dapatkan nasihat atau penerangan secara percuma boleh tekan link dibawah atau hubungi saya.
Terima kasih.
Hati senang, badan sihat, kewangan terjaga. ANDA BAGAIMANA?
Telefon atau Whatsapp saya untuk mendapat penerangan dan quotation secara percuma
(014-3609844)
Mohamad Shamir Bin Mansor