Sunday, 7 December 2014

PRUDENTIAL Claim - Death Claim


TUNTUTAN TERHADAP PAMPASAN KEMATIAN


Pada raya haji aidiladha 4 Oktober 2014, salah seorang klien saya telah pulang mengadap Ilahi. Dapat panggilan dari anak beliau pada petang raya tersebut, dan alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi jenazah dapat dikebumikan pada hari yang sama.

Seperti biasa, saya akan menjalankan amanah sebagai ejen insurans terhadap klien saya untuk menuntut pampasan kematian yang beliau telah ambil dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad.

Saya berurusan dengan anak beliau, Kak Effe untuk mendapatkan maklumat serta dokumen-dokumen yang di perlukan untuk membuat tuntutan kematian.

Berikut adalah dokumen yang diperlukan : -


  1. Sijil Kematian
  2. Borang tuntutan kematian yang di isi oleh pewaris atau penuntut
  3. Laporan perubatan kematian
  4. Laporan post-mortem (sekiranya ada)
  5. Laporan polis (sekiranya ada)
Untuk maklumat, klien saya tidak ada buat sebarang post-mortem sebelum dikebumikan dan tiada istilah bila hendak tuntut pampasan perlu buat prosedur tersebut. Sebenarnya post-mortem akan dibuat atas arahan doktor atau polis untuk mengenalpasti punca kematian.

Saya hanya hantar sijil kematian dan borang tuntutan yang diisi oleh Kak Effe, laporan perubatan tiada kerana polis mengesahkan punca kematian adalah sakit tua.

Klien saya baru menyertai polisi Prudential Assurance Malaysian Berhad pada bulan 5/2014

Tarikh polisi klien saya diluluskan

Setelah seminggu dari tarikh beliau meninggal, Kak Effe baru sedia untuk berjumpa dan bagi segala dokumen yang diperlukan.

Tarikh klaim di daftarkan di bahagian tuntutan

Selepas hampir sebulan proses tuntutan, dengan izin dari Allah swt klaim klien saya telah diluluskan.


Tarikh tuntutan di luluskan

Dalam masa seminggu hari bekerja, cek telah siap di keluarkan untuk diserahkan kepada Kak Effe.


Pampasan kematian

Khairat kematian

Alhamdulillah, secara tidak langsung saya dapat membantu Kak Effe untuk membuat tuntutan kematian. Jumlah yang diterima ialah : -

  1. Pampasan kematian = RM 50,000
  2. Simpanan yang sedia ada = RM 640.98
  3. Khairat kematian = RM 2,000

Kak Effe telah dapat seperti yang dipersetujui semasa ambil pelan dengan Prudential Assurance Malaysia Berhad. ANDA BAGAIMANA?


**** Untuk mengetahui quotation secara percuma boleh isi maklumat di link ni -->> QUOTATION FORM


Telefon atau Whatsapp saya untuk mendapat penerangan dan quotation secara percuma


(014-3609844)


Mohamad Shamir Bin Mansor



"Sediakanlah Payung+Baju Hujan Sebelum Hujan"

No comments:

Post a Comment